Dominic Lau Hoe Chai

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mencabar ahli Parlimen pembangkang yang didakwa menerima ugutan atau sogokan supaya membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) beserta bukti.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, sekiranya ahli Parlimen berkenaan tidak dapat mengemukakan bukti menyokong laporan mereka ia bermakna dakwaan mereka sekadar propaganda politik murahan.

Beliau berpendapat, ia merupakan taktik kotor politik ahli Parlimen yang sengaja dilakukan untuk menipu dan mengelirukan rakyat.

“Perbuatan kotor ahli-ahli Parlimen pembangkang itu sekaligus akan mewujudkan perasaan benci rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dan menampakkan seolah-olah kerajaan sekarang sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat anggota parlimen bagi mengekalkan pemerintahan.

“Saya menggesa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berhenti membuat keributan mengenai isu-isu dan cerita menghasut rakyat dan perlu ingat bahawa apa sahaja tuduhan mestilah berlandaskan fakta.

“Saya juga meminta anggota Parlimen PH untuk menyerahkan bukti yang mereka ditawarkan rasuah kepada SPRM dan biar anggota penguat kuasa menyiasat supaya kebenarannya dibuktikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau berkata demikian sebagai tindakbalas terhadap dakwaan ahli-ahli Parlimen PH yang mereka telah diikat oleh kerajaan PN.

Hujung minggu lalu, beberapa ahli Parlimen PH mendakwa mereka telah ditawarkan rasuah seperti wang tunai dan jawatan kabinet untuk mengalihkan kesetiaan mereka kepada PN.

Mereka termasuklah bekas Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen.

Malah, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution juga menyebut lima anggota parti itu telah mendapat tawaran tersebut untuk mengalih sokongan kepada PN.

Dalam perkembangan berkaitan, Dominic turut mendesak polis dan SPRM untuk memandang serius masalah yang sama.

“Saya juga mengambil kesempatan ini menasihati orang ramai supaya tolong berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini dan jangan membuat penilaian yang tidak adil terhadap PN.

“Saya turut menyeru kepada pemimpin-pemimpin politik agar memerangi wabak Covid-19 dengan segenap kekuatan tanpa menghiraukan satu sama lain dan mencegah penyebaran “tuduhan palsu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dominic menegaskan, semalam Gerakan telah mengagihkan bakul makanan, minuman sihat, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada penduduk yang tinggal di PPR Pekan Batu.

Katanya, dalam program terbabit, sebanyak 100 isi rumah termasuk 13 keluarga yang sedang kuarantin kerana dijangkiti dengan Covid-19 turut bermanfaat menerusi pengagihan barang keperluan asas itu yang diinisiatifkan kerajaan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PAS TELAH DAN PERNAH DIFITNAH TERIMA RM 90 JUTA DARI UMNO MENJELANG PRU 14 OLEH PAKATAN HANCING P UNAH HaraPAN hingga wujud parti amNANAH

    ANWARFIKUN FITNAH CEK RM1,4 JUTA PAS TERIMA

    MUTAKHIR RM 30JUTA MP DILELONG GADAIā€¦.NAK PERCAYA MACAM FITNAHHH LAGI

    MAHKAMAH MASYAR MENANTI DAN TIDAK MENIPU KITA AZAB ALLAH AMAT PEDIHHHH

Comments are closed.