Ivermectin Clinical Trial (I-TECH) Covid-19 treatment
Picture for representational purposes only

KUALA LUMPUR – Pusat Racun Negara telah mengesan dua kes keracunan Ivermectin kebelakangan ini.

Katanya, kes pertama melibatkan seorang pengguna berusia 35 tahun yang mengambil sebiji ubat berkenaan sebelum mengalami gejala sesak nafas berpanjangan selama lima hari.

Manakala kes kedua pula, melibatkan seorang warga emas yang dijumpai tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekaligus.

Menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini, setakat ini, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Bagaimanapun, ubat itu telah dijual secara tidak sah di pasaran.

Katanya, pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan dan kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut, dan pening.

Kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian.

Malangnya, tiada rawatan spesifik untuk kes keracunan akibat pengambilan Ivermectin.

Justeru, KKM menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan pengambilan Ivermectin sebagai rawatan kendiri.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. saja nak takut2 kan…..banyak kes yg sembuh disebabkan ivermectin taknak pulak cerita…

Comments are closed.