Najib Razak

KUALA LUMPUR – Malaysia layak mempunyai kepemimpin baharu yang tidak melakukan kesilapan dan terus melakukan yang besar pada masa depan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah memberi amaran mengenainya dan merayu beberapa kali supaya tidak melakukan kesilapan sama sehingga menyebabkan peningkatan kes baharu dan kes kematian Covid-19 di negara ini.

Katanya, Malaysia merupakan negara paling terjejas di dunia akibat kes baharu Covid dan kes kematian baharu virus itu per kapita, manakala prestasi bursa saham Malaysia adalah yang terburuk di Asia Pasifik serta kedua tercorot di dunia pada tahun ini.

“Kita menjadi mundur di dunia bukan tanpa sebab. Seseorang perlu bertanggungjawab ketika kerosakan pada kehidupan dan mata pencarian semua warga Malaysia meningkat akibat kesilapan yang jelas terlalu besar dan tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada semua parti pembangkang untuk mewujudkan persefahaman rentas parti ke arah kerajaan bipartisan dalam melaksanakan tanggungjawab membawa negara keluar daripada krisis Covid-19.

Semalam, Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan menjemput semua pimpinan parti politik untuk membincangkan cadangan-cadangan berkenaan perkara itu  pada minggu depan.

“Keutamaan saya hanyalah untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara,” katanya.
Pada perutusan itu, Muhyiddin turut menawarkan saraan dan kemudahan kepada ketua pembangkang yang setara dengan menteri kanan sekiranya majoriti ahli Parlimen bersetuju dengan cadangan rentas parti dan meluluskan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang.
Artikel berkaitan:

Menurut Najib, menukar pemimpin tidak bermakna fungsi negara akan berhenti.

Tambah beliau, ia boleh dilihat apabila Joe Biden menggantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe digantikan pada lewat tahun lalu.

Berikutan itu, Najib berkata, pada tahun ini Malaysia akan menunjukkan keadaan yang baik tanpa Perdana Menteri semasa.

“Malah, keadaan akan menjadi lebih baik apabila fokus harian Perdana Menteri semasa yang hanya kepada skema atau rasuah untuk megekalkan kuasa berbanding melawan Covid dan menyelamatkan negara,” dakwanya.

Sementara itu, Najib mendakwa, perutusan semalam tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia di mana tawaran rasuah politik ditayangkan pada siaran televisyen nasional.

“Ia untuk menunjukkan dia tidak mempunyai moral dan nilai etika untuk menerajui negara.

“Beliau membawa bersama kekesalan dan perasaan hormat yang rendah ke pejabat Perdana Menteri,” dakwanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sepatutnya masa sekarang setiap YB sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Undangan Negeri turun ke kawasan masing-masing mencari dan membantu keluarga terjejas akibat covid19 .
    Terlalu banyak berita berkait masalah mereka2 yang terjejas seperti ibubapa yang uzur(kerana anak/waris tidak dapat pulang disebabkan sekatan pergerakan) ,keluar daif kerana hilang punca pendapatan(hilang pekerjaan),mereka yang terbiar/gelandangan dan anak yatim piatu kerana ibubapa meninggal dunia disebabkan Covid19.
    Setiap hari ada saja berita masalah seperti di atas tetapi bila orang politik berebut-rebut kuasa, masalah2 begini dipandang sepi dan hanya NGO-NGO yang prihatin membantu.Bukan semua NGO mempunyai dana yang besar dan bergantungan kepada orang yang beri sumbangan,
    Jika YB2 asyik bergaduh dalam politik sehingga melupakan rakyat yang jadi pengundi mereka maka amat malanglah kehidupan rakyat yg mengundi,,
    Jangan hanya ketagih ihsan rakyat setelah Parlimen atau DUN dibubarkan..
    Masa itu akan turun pelbagai bantuan yang tidak diminta pun sanggup diberi , sanggup menguapkan ke mulut pengundi walaupun selama ini rasa geli dan jijik.
    Amat sedih pengundi2 yang belum sedar atas permainan politik mereka sehingga sanggup bersusah payah serta memerbahayakan diri

Comments are closed.