Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Isnin ini.

Sembah menghadap itu dikatakan bagi menyembah maklum kedudukan semasa beliau sebagai Perdana Menteri.

Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri hangat diperkatakan sejak malam tadi selepas beliau membuat tawaran persefahaman rentas parti bagi mewujudkan kerajaan bipartisan.

Tawaran tersebut dibuat kepada semua parti pembangkang antara lain menawarkan peruntukan kewangan di kawasan parlimen masing-masing serta jawatan setaraf menteri kanan kepada ketua pembangkang.

Bagaimanapun kesemua parti pembangkang menolak tawaran tersebut.

Muhyiddin dikatakan tidak mendapat sokongan majoriti apabila hanya 100 ahli parlimen memberi sokongan terhadapnya apabila 15 ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan minggu lalu.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast