KUALA LUMPUR – Pas kekal dengan pendiriannya mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, parti itu juga akan dan sentiasa menjadi jambatan pendamai antara dua parti terbesar Melayu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan UMNO.
“Sebagaimana mesyuarat dengan Jawatankuasa Pas Pusat semalam bersama dengan Majlis Syura Ulamak dan juga Ahli-ahli Parlimen Pas, kita menegaskan dasar semasa kita iaitu mempertahankan PN dan memperkukuhkan MN.
“Ini adalah untuk kebaikan negara dan politik jangka panjang. Parti-parti besar Melayu mesti bersama menjadi tonggak kerajaan dan negara, kemudian diikuti diikuti parti-parti lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Majlis Getah Malaysia (MRC) kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid (PKRC) di MAEPS, Serdang, dekat sini, hari ini.
Dr. Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha Agung Majlis Syura Ulamak Pas berkata, esok parti itu akan mengadakan mesyuarat sekali lagi melibatkan seluruh kepimpinan Pas Pusat dan ahli-ahli Parlimen Pas.
Katanya, rakyat diminta bersabar untuk menunggu apa keputusan yang dicapai parti itu dalam mesyuarat berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas apa yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam kerana itu adalah keputusan dalaman.
“Yang itu saya tak boleh umum. Ini dalaman kita. Apa yang kita lakukan ialah berusaha mewujudkan muafakat dalam parti dan mengajak mereka jangan bertelingkah.
“Kalau berlaku pertelingkahan, yang rugi adalah negara dan rakyat. Bayangkan ketika ini negara dan rakyat berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Tetapi masih ada pihak-pihak tertentu cuba menggugat politik dan negara, yang mana usaha itu sebenarnya bukan pada waktu ini,” ujar beliau.
Dr. Mohd Khairuddin turut mengakui ada menegur Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menggerakkan usaha menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Itu hanya (teguran) sedikit cubit-cubit sayang kepada Ahmad Zahid,” katanya.
Ditanya berhubung Muhyiddin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok, beliau enggan mengulas, sebaliknya minta media bertanyakan kepada Perdana Menteri sendiri. – MalaysiaGazette
“Lagipun, usul bertulis yang diedarkan dan dipersetujui dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah mengenai ketetapan parti tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, dengan ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus kekal menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen terbubar.
…..INILAH BUKTI LIDAH MUNAFIK…PIMPINAN me LAYU UMNOGOK….mereka sanggup berdendam dan SEKARANG putus SILATURAHIM SESAMA BANGSA DAN AGAMA….kononya lebih untuk rakyat…..tapi lebih agenda nafsu berkuasa
TIADA KERAJAAN YANG SEMPURNA….TAPI ADA RUANG UTK DITAMBAHBAIK…TAWARAN DIBUAT TAPI DENGAN ANGKUH MENOLAK SEBELUM DIPERHALUSI DAN DIBINCANG
TAHNIAH UMNOGOK LEBIH SANGGUP MEnJILAT LUDAH DAPIGS ….amNANAH yang JELAS FITNAH UMNO SERAH RM 90 JUTA PADA PAS….HARI INI TERMAKAN FITNAH P unah H arapan kononnya RM30JUTA UNTUK GADAILELONG MP.
TERGADAI SUDAH MARUAH DAN TANGISAN KEINSAFAN PADA HIMPUNAN UMMAH DAN MUAFAKAT NASIONAL