KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) berharap aktiviti membeli Ahli Parlimen sebagai mana berlaku pada ‘Langkah Sheraton’ Februari tahun lalu, tidak berulang.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, membeli Ahli Parlimen adalah perbuatan mengkhianati amanah rakyat yang memilih kerajaan menerusi undi pada Pilihan Raya Umum (PRU).
Beliau memberi contoh apa yang berlaku pada Februari tahun lalu adalah satu pengkhianatan yang merosakkan sistem demokrasi.
“Pengkhianatan atau mencuri mandat rakyat di tengah jalan seperti yang dilakukan ini tidak boleh dibiarkan.
“Apa akan terjadi jika 40 orang Ahli Parlimen berjaya dibeli oleh kuasa luar setiap penggal? Tentunya kedaulatan negara akan tergadai.
“Peristiwa ini tidak harus dibiarkan berulang. Mandat rakyat melalui pilihan raya tidak wajar dipermainkan dengan mencuri dan melompat parti di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau mengulas kemelut politik hari ini, yang memaksa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa meletakkan jawatan kerana hilang majoriti dan kepercayaan dari rakan partinya sendiri.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang dipegangnya selama 18 bulan bermula 1 Mac tahun lalu.
Mengulas lanjut, Mohamad atau Mat Sabu menjelaskan, tiada jalan lain kepada pengkhianatan berkenaan, melainkan kembali ke pangkal jalan dan berusaha memperbaiki kesilapan tersebut.
“Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang,” katanya.
Beliau berkata, Februari 2020 mencatatkan titik hitam dalam sejarah demokrasi negara apabila sebuah kerajaan dipilih oleh rakyat dalam PRU ke-14 dijatuhkan melalui pengkhianatan wakil rakyat yang melompat parti.
“Ini bukan sahaja sesuatu yang malang, malah sesuatu yang sial,” tegas beliau.
Kini, kata beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diakui oleh mereka sendiri dibentuk secara ‘tebuk atap’ dengan mencuri mandat rakyat, bakal rebah.
“Ia ternyata bukan sebuah kerajaan yang stabil, malah sebuah kerajaan yang gagal dan Muhyiddin adalah salah seorang watak dalam pengkhianatan tersebut.
“Pengkhianatan beliau bersama rakannya menyebabkan jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia melalui pilihan raya.
“Kini, beliau terhukum oleh pengkhianatannya yang dahulu dan sejarah akan merakamkan beliau adalah seorang Perdana Menteri yang gagal, mencuri mandat dari rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette
Perdana Menteri atau kerajaan baharu nanti bukan ada magis apabila dilantik masalah Covid-19 akan selesai sekelip mata. Ini mustahil dan kerajaan PN sudah melakukan yang terbaik dalam memerangi pandemik ini,
MAT SABU dan geng amNANAH wajib BERTAUBAT kerana FITNAH KAMU RM 90 JUTA umno pada PAS menyebabkan ramai berpecah dan lari dari JEMAAH
P unah H arapan P akatan H ancinnng GAGAL dalam janji manifesto SERTA meratib jadi PM ADALAH PUNCA UTAMA berKUBURR SENDIRI…tidak perlu serlahkan KEMUNAFIKAN dengan salah sendiri
MAHKAMAH MASYAR YANG ADIL TETAP MENGHUKUM NANTI.
“Justeru, saya menyeru kepada semua rakan-rakan ahli parlimen yang menang di atas tiket Pakatan Harapan (PH) dalam pilihanraya yang lalu, kembali bersatu dibawah payung Pakatan Harapan agar mandat yang diberikan oleh oleh rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
“Apa yang telah berlaku sebelum ini biarkan ia berlalu dan kita cipta sejarah untuk bina semula negara tercinta ini. Di dalam menghadapi situasi getir seperti ini, jiwa besar amat diperlukan kerana tidak ada yang benar-benar diharapkan oleh rakyat melainkan kesihatan dan ekonomi rakyat kembali pulih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Mat Sabu ini mengesahkan juga lagi mereka tidak ada majoriti yang dimiliki sehingga terpaksa membuat pelbagai rayuan hanya demi semata-mata individu bernama Anwar.
Tidak malukah mereka ini, sehingga terpaksa mengemis sokongan MP yang mereka kecam sebelum ini sebagai ‘katak’ untuk kembali menyokong calon blok pembangkang.
MAT SABU MENTERI PERTAHANAN YANG PALING HAMPEH PERNAH WUJUD DIMALAYSIA..