Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pas menasihat ahli parti dan rakyat bertenang dengan kemelut dan situasi politik yang berlaku hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak harus menghadapi suasana ini dengan keadaan tenang dan fikiran lapang.

“Dalam situasi politik yang agak tidak menentu waktu ini, saya menyeru kepada seluruh ahli Pas supaya bertenang dan hadapi suasana dengan keadaan fikiran yang lapang dan yakin apa yang Allah atur ini adalah yang terbaik.

“Dalam kehidupan ini, kita tak tahu apa sebenarnya yang Allah aturkan, tapi kita yakin apa yang Allah susun adalah yang terbaik untuk kita dan beriman dengan qada dan qadar Allah,” katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut mengingatkan ahli parti supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang betul mengenai kedudukan kerajaan dan situasi politik masa kini.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini dari sumber rasmi parti dan mudah-mudahan kita tidak termakan dengan suasana fitnah yang berlaku.

“Berhati-hati juga dengan media yang tidak bertanggungjawab melaporkan perkara tidak betul atau sengaja mereka cerita untuk menimbulkan suasana yang tidak harmoni di kalangan masyarakat,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin dan percaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang melakukan yang terbaik dan termampu untuk negara dan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Cepat nya dapat pembalasan……..
    Dulu menteri2 ph cuci pejabat kerana kuasa kena curi ikut atap. Belum pun hari gelap pn pula cuci pejabat dah nak kena hambat.
    Dulu kata kerajaan melayu islam bawa berkat kenapa dah cuci pejabat hari belum gelap

Comments are closed.