Gambar hiasan, foto Reuters

 

LONDON – Lima kanak-kanak dan seorang dewasa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dilanggar oleh kereta pandu sendiri – Tesla Inc Model 3 di tempat letak kereta di sebuah kolej di Sussex, England, lapor Telegraph.

Sekurang-kurangnya seorang mangsa dilaporkan tersepit di bawah kereta elektrik itu.

Perkhidmatan Ambulans Pantai Timur Laut Perkhidmatan Kesihatan Nasional pula mengesahkan seorang mangsa dalam keadaan kritikal dan tiga yang lain mengalami kecederaan serius.

Setakat ini tidak dapat dipastikan kereta itu ada pemandu ketika nahas berlaku, lapor Telegraph lagi. – Telegraph

 

1 Komen

Comments are closed.