KUALA LUMPUR – Kes harian jangkitan Covid-19 kembali naik dengan merekodkan angka tertinggi yang baharu sebanyak 22,242 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Angka terbaharu ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 1,466,512 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di hantaran Facebook miliknya hari ini.

Menurutnya, Selangor merekodkan sebanyak 6,858 kes diikuti Sabah sebanyak 2,413 dan Pulau Pinang sebanyak 1,867 kes.

“Turut melaporkan kes hari ini ialah Pulau Pinang sebanyak 1,867 kes, Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351) dan Perak (1,036).

“Selain itu ialah Pahang (675), Melaka (579), Negeri Sembilan (577), Terengganu (487), Perlis (50), Putrajaya (25) dan Labuan (lima),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Semalam, sebanyak 19,631 kes harian jangkitan Covid-19 dilaporkan yang menjadikan jumlah kes positif  sebanyak 1,444,270 kes.

Selangor merekodkan sebanyak 5,753 kes diikuti Sabah sebanyak 2,103 dan Kedah sebanyak 1,863.

Seterusnya, Kuala Lumpur (1,765 kes), Johor (1,309 kes), Pulau Pinang (1,275 kes), Kelantan (1,268 kes), Perak (1,101 kes), Sarawak (835 kes), Negeri Sembilan (490 kes), Pahang (670 kes), Melaka (623 kes) dan Terengganu (498 kes).

Putrajaya (41 kes), Perlis (37 kes) manakala tiada jangkitan baharu di Labuan, katanya hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tidak adil sekiranya hanya kerajaan dan menteri yang bertanggung jawab di dalam PN dipersalahkan dalam kegagalan mengawal pendemik. Sudah semestinya Ketua Pengarah Kesihatan perlu juga bertanggung jawabjan atas kegagalan ini!!’

Comments are closed.