Gambar hiasan. foto Getty Images

TOKYO – Harga minyak merosot pada hari Rabu, hari kelima penurunan dengan para pelabur berwaspada terhadap prospek permintaan bahan bakar kerana penggunaan pengangkutan rel, udara dan lain tetap wujud kekangan di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 di seluruh dunia.

Minyak mentah Brent turun AS$0.05 atau 0.1% kepada AS$ 68.98 setong pada 0139 GMT, susut 0.7% pada hari Selasa manakala minyak Amerika Syarikat menyusut AS$0.06 atau 0.1% kepada $ 66.53 setong setelah turun 1% pada sesi sebelumnya.

“Permintaan minyak bulan Julai kelihatan agak lemah kerana industri dan runcit China lembap ekoran bencana banjir di sana serta kesesakan pelabuhan yang teruk.

“Kerajaan juga telah menghentikan import loji minyak swasta,” kata Henning Gloystein, Pengarah Tenaga di Eurasia Group dalam nota

Menurutnya, di India, kejatuhan ekonomi akibat wabak Covid-19 yang teruk awal tahun ini masih membebankan ekonomi dan tingkah laku pengembaraan.

India adalah pengimport minyak mentah ketiga terbesar di dunia, juga memulakan penjualan minyak kepada kilang minyak yang dikendalikan oleh negara dari Rizab Petroleum Strategik (SPR).

Dolar yang lebih tinggi juga menjejaskan harga komoditi, dengan logam dan emas juga “sama rapuh” dengan minyak, kata ANZ Research dalam nota penyelidikannya.

Minyak mentah biasanya didagangkan dalam dolar, jadi jika berlaku kenaikan pada matawang tersbeut maka harga minyak lebih mahal, sekali gus menjejaskan permintaan. – Reuters