Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Datuk Ismail Sabri Yaakob calon tunggal sebagai calon Perdana Menteri.

“Dihantar hanya satu nama sebagai calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60
MP #Bera.

“Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” ciapnya menerusi Twitter malam ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyebut nama Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai calon PM dari BN.

Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen BN bermesyuarat malam ini bagi menentukan pilihan mereka sebelum menghantar nama kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pemilihan PM baharu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

BN pilih Ismail Sabri calon PM – Tajuddin