Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Calon perdana menteri baharu tidak boleh mengikat dirinya dengan apa juga bentuk perjanjian untuk mengekalkan struktur Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno menegaskan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, siapapun yang dinamakan sebagai calon perdana menteri daripada Barisan Nasional (BN) atau UMNO, ia harus taat pada titah Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Ini bagi mewujudkan sebuah Kabinet yang mampu menterjemahkan permuafakatan dan perpaduan semua parti-parti politik dalam tempoh untuk menangani Covid-19, selain menguruskan kesejahteraan rakyat dan agenda pemulihan negara, sebelum masa sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.

“Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkongsi intipati titah tuanku Yang di-Pertuan Agong yang berkali-kali menegaskan dalam sesi mengadap ketua-ketua parti semalam, ‘yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua’,” katanya yang dipetik dari hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, tentunya ada sebab dengan penuh hikmah mengapa tuanku Yang di-Pertuan Agong menitahkan ‘undi percaya’ dilakukan di Parlimen untuk mengabsahkan kedudukan Perdana Menteri, setelah dinamakan kelak oleh baginda.

“InsyaALLAH, perjuangan kami Pemuda UMNO tetap istiqomah akan terus menjadi jurubicara dan penyambung lidah rakyat without fear or favour.

“Agenda rakyat termasuk 10 #TuntutanRAKYAT akan terus dibangkitkan,” katanya lagi.

Malam tadi, menerusi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, satu nama dipetik sebagai calon perdana menteri adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu disahkan beberapa Ahli Majlis Tertinggi antaranya Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast