Covid-19 cases healthcare worker
(Picture for representational purposes)

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23,564 kes baharu Covid-19 direkoskan pada hari ini iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.

Menerusi di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,513,024 kes.

Beliau berkata, Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 6,974 diikuti Sabah (2,738) dan Sarawak (2,548).

Seterusnya, Kedah (1,932 kes), Kuala Lumpur (1,652 kes), Pulau Pinang (1,523 kes), Johor (1,323 kes), Kelantan (1,281 kes), Perak (1,248 kes), Melaka (610 kes), Negeri Sembilan (608 kes), Pahang (517 kes) dan Terengganu (521 kes).

“Manakala Perlis pula (64 kes), Putrajaya (24 kes) dan Labuan (satu kes),” katanya pada laman Facebook di sini hari ini.

Semalam, negara turut mencatat merekodkan tertinggi kes baharu Covid-19 sebanyak 22,948 kes. – MalaysiaGazette