Hajiji Noor

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri yang baharu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang merakamkan tahniah kepada Ismail Sabri mengharapkan hubungan negeri-persekutuan akan membuahkan hasil, bukan hanya untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri ini tetapi juga mengambil kira hak-hak Sabah.

”Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu-isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan.

“Sekarang pergolakan kepemimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan, marilah kita semua bersatu, mengenepikan perbezaan dan terus bergerak untuk memerangi pandemik Covid-19 serta membangun kembali ekonomi kita,” katanya.

Ketua Menteri yang mewakili Kerajaan GRS turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sementara atau caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas khidmatnya kepada rakyat dan negara serta sokongan dan sumbangannya kepada Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast