Zaki Anwari

KABUL – Pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan seorang pemain muda bola sepak maut setelah cuba melarikan diri dengan pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang meninggalkan lapangan terbang Kabul baru-baru ini.

Zaki Anwari, 19, pernah bermain untuk pasukan belia kebangsaan Afghanistan.

Maklumat bila kematian mangsa tidak didedahkan.

Sejak Taliban kembali berkuasa, ribuan penduduk negara itu bergegas ke lapangan terbang Kabul ketika negara-negara Barat mengeluarkan warga negaranya dari Afghanistan.

Rakaman gambar pada hari Isnin lalu menunjukkan beratus-ratus orang berlari ke arah pesawat tentera udara AS ketika ia sedang bergerak di landasan.

Malah, beberapa orang dilihat berpaut di tepi pesawat berkenaan.

Laporan media tempatan mengatakan sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia dan tentera udara AS mengesahkan mayat manusia ditemui di roda pesawat ketika ia tiba di Qatar.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Direktorat Jeneral Pendidikan Jasmani dan Sukan Afghanistan menzahirkan ucapan takziah. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast