Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan kematian akibat Covid-19 sebanyak 223 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian bertambah kepada 13,936 orang.

Katanya, mengikut rekod KKM juga mencatatkan kes sembuh sebanyak 18,576 dengan jumlah keseluruhan bagi kes itu 1,260,470 kes.

“Jumlah kes baharu positif ialah 22,262 termasuk 40 kes import, menjadikan kes positif sehingga hari ini berjumlah 1,535,286 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula 1,035 dengan 513 diberikan bantuan alat pernafasan.

Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICJK), Dr. Dr. Noor Hisham berkata, sehingga semalam, kira-kira 18 juta individu telah menerima dos pertama sebanyak 12.4 juta dos kedua.

Menurut beliau, jumlah pemberian bagi dos pertama dan kedua sehingga semalam ialah 30,370,403 juta individu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 22,262 kes positif hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast