Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angka korban akibat Covid-19 bertambah lagi dengan 232 kes dilaporkan hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kini 14,168 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah.

Beliau berkata, jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) turut tinggi iaitu 1,026 kes dengan 406 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Kes sembuh baharu juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 18,200 kes menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada Covid-19 iaitu 1,278,670,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ketika ini adalah sebanyak 262,255.

Terdahulu menurut Noor Hisham, jumlah Kes positif harian baharu Covid-19 menurun lebih 2,000 hari ini dengan 19,807 kes berbanding 22,262 kes semalam.

Berikutan itu jumlah kumulatif meningkat kepada 1,555,093 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 19,802 kes merupakan penularan tempatan manakala lima lagi kes import. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast