Friday, April 26, 2024
Home Nasional Lima lokaliti di Kelantan dan Sabah dikenakan PKPD

Lima lokaliti di Kelantan dan Sabah dikenakan PKPD

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1,2,3, PKPD dimulakan pada 2 Februari lalu dijangka tamat pada 15 Februari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lima lokaliti di Sabah dan Kelantan dan Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Selasa ini.

“PKPD juga bakal dilaksanakan di tiga lokaliti di Tumpat, Kelantan iaitu di Mukim Jal Besar melibatkan Kampung Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang.

”Turut terlibat Mukim Wakaf Bharu iaitu Kampung Bunut Sarang Burung,”  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rodzi menambah, sebanyak tiga lokaliti yang dikenakan PKPD dan sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan iaitu Kampung Pukat, Tanjung Laut dan Taman Semarak Indah di Tawau, Sabah sehingga 6 September depan.

Sementara itu, MKN juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di tujuh lokaliti membabitkan empat negeri.
Lokaliti tersebut adalah Tawau dan Kalabakan ,Sabah selain Kampung Bukit Malut di Langkawi dan Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu esok
Selain itu, PKPD di Kampong Bongkok, Bera, Pahang tamat hari ini. – MalaysiaGazette