Ibu kepada penyanyi Syamel iaitu Wan Faaizah Karim, 55, meninggal dunia sekitar pukul 10 malam tadi selepas sebulan bertarung masalah kekurangan oksigen dalam badan.

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi Syamel iaitu Wan Faaizah Karim, 55, meninggal dunia sekitar pukul 10 malam tadi selepas sebulan bertarung masalah kekurangan oksigen dalam badan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 28, berkongsi khabar duka itu menerusi entri Instagram.

“Umi saya, Wan Faizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10.09 malam tadi. Doakan urusan umi saya dipermudahkan.

“Ampunkanlah dosa umi, Engkau perlihatkanlah syurga buatnya, jadikanlah kuburnya seperti taman di taman-taman syurga dan terimalah segala amal baiknya di dunia untuk dijadikan teman di alam sana.

“Terangilah cahaya di dalam kuburnya. Sesungguhnya umi pergi meninggalkan seribu satu ajaran buatku yang akan ku amalkan hingga akhir hayat,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan tengah hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Syamel menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital sepanjang hidupnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast