Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette centenarian 100 year-old Covid-19 death daily cases
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Sejumlah 16,949 kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini terdiri daripada mereka yang tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 2 (bergejala ringan) mencatatkan kes positif harian tertinggi yang tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Seramai 7,740 kes di kategori 1 (tidak bergejala), 8,917 kes di kategori 2 (bergejala ringan), 157 kes di kategori 3 (radang paru-paru), 52 kes di kategori 4 (radang paru-paru dan perlu bantuan oksigen) dan 83 kes di kategori 5 (kritikal dan perlu bantuan pernafasan) direkodkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi, ujarnya.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, sejumlah 20,837 kes harian yang dilaporkan pada hari ini dengan 358 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

“Manakala sebanyak 20,479 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan.

Daripada jumlah itu, tambah beliau, sebanyak 20,815 kes adalah penularan tempatan dengan 17,440 melibatkan warganegara dan 3,375 bukan warganegara, jelas beliau.

Katanya, sebanyak 22 kes import dikesan hari ini dengan 12 daripadanya adalah warganegara dan bakinya bukan warganegara.

Kes aktif pula mencecah 262,713 kes dengan 1,063 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 511 kes memerlukan bantuan penafasan, tambah beliau.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkatam sebanyuak 211 korban akibat Covid-19 direkodkan hari ini melibatkan 187 warganegara dan 24 bukan warganegara.

Ia termasuk 40 kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID), ujar beliau.

“Sebanyak 211 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 41 kes di Johor, 36 kes di Selangor, 32 kes di Kedah, 23 kes di Pulau Pinang, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 12 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan kes di Pahang, lima kes di Terengganu, masing-masing tiga kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing dua kes di Sarawak dan Perlis,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 34 lagi kluster baharu Covid-19 yang melibatkan 22 Kluster Tempat Kerja, sembilan Kluster Komuniti, dua Kumpulan Berisiko Tinggi dan satu Pusat Tahanan. – MalaysiaGazette