Saturday, December 14, 2024
Home Nasional Anak Musa Aman meninggal dunia

Anak Musa Aman meninggal dunia

Mohammed Hayssam Musa, the son for former Chief Minister of Sabah Tan Sri Musa Aman dies after battling lymphoma cancer and Covid-19 today. Mohammed Hayssam Musa meninggal dunia hari ini.
Mohammed Hayssam Musa, the son for former Chief Minister of Sabah Tan Sri Musa Aman dies after battling lymphoma cancer and Covid-19 today. Mohammed Hayssam Musa meninggal dunia hari ini.
KUALA LUMPUR – Anak bongsu bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu hari ini selepas bertarung dengan kanser dan Covid-19.
Pejabat Musa dalam satu kenyataan, mengesahkan perkara tersebut dan sedih dengan kehilangan Mohammed Hayssam yang berusia 34.
“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021. Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.
“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini. Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” menurut kenyataan yang sama.
Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham Mohammed Hayssam menghidap kanser limfoma sebelum dijangkiti Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Gleneagles di sini.
Perkara itu disahkan oleh bapa mentua Allahyarham yang juga Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast