income tax arrears LHDN IRB Inland Revenue Board Lawyer, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah arrives at the Palace of Justice in Putrajaya for the hearing of SRC International Sdn Bhd trial involving his client, Datuk Seri Najib Tun Razak who is seeking to strike off the conviction against him over the misappropriation of RM42 million. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 18 MAY 2021.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sebagai pemegang saham 1MalaysiaDevelopment Berhad (1MDB) telah mengarahkan Lembaga Pengarah syarikat itu supaya segera membawa balik pelaburan luar negara untuk dilaburkan dalam institusi tempatan.

Arahan itu dikeluarkan daam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 24 April 2014.

Pasukan peguambela kes 1MDB dalam satu kenyataan hari ini berkata, di sebalik arahan itu saksi kesepuluh kes berkenaan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu, Hazem Abd Rahman memberitahu, pelaburan dalam Brazen Sky tidak bernilai dan mendakwa beliau mengesyaki perkara itu sejak memulakan tugas sebagai CEO

Bagaimanapun Hazem tidak pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Menurut pasukan pembelaan dalam kenyataan tersebut telah mencadangkan kepada Hazem bahawa pengurusan 1MDB yang diketuai oleh beliau terperangkap dalam keadaan sukar kerana mengetahui tiada sebarang pelaburan boleh dibawa balik oleh Brazen Sky atau 1MDB Global Investment Limited

“Sedangkan pengurusan diketuai oleh Hazem telah membuat komitmen untuk membawa pulang dana dari portfolio pelaburan yang dikendalikan oleh Brazen Sky and 1MDB Global Investment Limited.

“Teka-teki ini tidak pernah didedahkan kepada Lembaga Pengarah ketika itu oleh mana-mana pengurusan kanan termasuk Hazem yang duduk di dalam Lembaga bersama-sama Datuk Shahrol,” kata pasukan pembelaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pasukan pembelaan turut mencadangkan bahawa Hazem bersama-sama Jho Low, Azmi, Terrence Geh dan Shahrol telah bersekongkol untuk mendapatkan kemudahan pinjaman USD975 juta daripada Deutsche Bank sebagai dalih untuk membeli semula opsyen dari Aabar palsu.

1MDB telah memberi piihan kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham dalam 1MDB Energy Limited and 1MDB Energy Langat Limited kononnya sebagai jaminan dari IPIC terhadap bon yang dikeluarkan oleh 1MDB Energy Limited and 1MDB Energy Langat Limited.

Sedangkan fakta sebenar, pinjaman tersebut tidak pernah digunakan untuk membeli semula opsyen sebalikya ia telah dipindahkan ke Aabar Seychelles (satu lagi entiti palsu Aabar) yang kemudiannya akan memindahkan dana tersebut kepada beberapa entiti menerusi  Bridge Global Absolute Return Fund, Brazen Sky Limited dan 1MDB Global Investment Limited.

Pihak pembelaan juga menerusi satu carta aliran telah menujukkan kitaran semula serta pertindihan dana untuk memberi gambaran bahawa Brazen Sky telah menebus semula dalam bentuk tunai hasil pelaburan dalam Bridge Global Absolute Return Fund di mana Hazem secara tidak jujur telah memberitahu Lembaga Pengarah dalam mesyuarat 4 November 2014 bahawa keseluruhan  USD 1.2 billion telah diterima daripada penebusan semula portfolio pelaburan yang dikendalikan Brazen Sky Limited.

Hazem juga telah menyembunyikan daripada Lembaga Pengarah bahawa kononnya penebusan semula itu adalah pinjaman USD975 juta dari Deutsche Bank.

Peguam kanan merumuskan bahawa Hazem telah melakukan beberapa kesalahan pecah amanan dan penggubahan wang haram kerana dia telah memberi kebenaran untuk pemindahan dana bercanggah dengan tujuan asal dan tanpa kelulusan pihak lembaga.

Hazem juga berulang kali menjawab ‘no comment’ dan tidak memberikan sebarang justifikasi terhadap semua pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya oleh peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee abdullah. – MalaysiaGazette