Foto Instagram Sheila Rusly.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang membuat fitnah membabitkan maruah keluarganya.

Sheila, 50, juga mencabar pihak yang menyebarkan fitnah agar tampil dengan bukti jika dakwaan itu benar.

“Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah. Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti… saya sanggup berdepan,” tulisnya.

Sebelum itu menerusi Instagram, Sheila berkongsi paparan skrin satu Facebook Page menulis mengenai punca hubungannya dengan pelakon, Janna Nick retak kerana aktres itu menolak untuk dikahwinkan dengan anaknya, Uzair Haqimy.

Pengendali akaun Facebook berkenaan menulis; “Dulu Sheila Rusly nak recommend Janna Nick untuk anak Sheila Rusly tapi Janna Nick tak nak jadi pilih Elisya Sandha ni.

“Kepada perempuan di luar sana, kalau mak atau mak angkat awak nak recommend calon terima sajalah sebab itu jalan terbaik,” tulisnya.

Pada 21 Ogos lalu, anak sulung Sheila, Uzair, 25, selamat disatukan dengan Elisya yang juga seorang pelakon di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID), Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast