Datuk Seri Nazri Ngah di SIdang DUN Pahang pada hari ketiga

KUANTAN – Semua peneroka Felda negeri ini yang menghidapi penyakit kronik ditanggung kos perubatan mereka melalui dana Bantuan Kebajikan Peneroka itu telah diperkenalkan sejak tahun 2005.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Ehwal Pengguna, Datuk Seri Nazri Ngah berkata, bantuan tersebut diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Komuniti dengan peruntukan FELDA di antara RM1.5 juta hingga RM4.5 juta berdasarkan anggaran tahunan meliputi tiga jenis kategori bantuan.

“Tiga kategori yang ditawarkan seperti bantuan penyakit kronik, bencana alam dan peralatan kesihatan seperti garis panduan perlaksanaan Bantuan Kebajikan peneroka

“Permohonan boleh dibuat di laman web Felda, Pejabat Wilayah dan Pejabat Rancangan dan perlu disertakan bersama pengesahan Pengurus  Rancangan, penyata Pendapatan selama tiga bulan  dan dokumen berkatan

Selain itu, katanya, pemohon perlu melampirkan laporan polis bagi permohonan berkaitan bencana alam dan bagi kes penyakit kronik pemohon perlu mendapatkan pengesahan doktor.

“Bagi bantuan kes penyakit kronik, kadar maksimum bantuan diberikan berjumlah RM10,000, namun bergantung kepada pengesahan doktor dan resit rasmi kos pembedahan dan rawatan.

“Bantuan peralatan kesihatan juga boleh dimohon sehingga RM5,000, yang mana pemohon perlu memohon surat jaminan daripada Felda dan melampirkan surat sebut harga bagi membolehkan pihak farmasi membuat tuntutan bayaran,” jelasnya.

Sementara itu, bagi kes bencana alam, bantuan yang diberikan sebanyak RM10,000 dan sekiranya keperluan melebihi had ditetapkan, permohonan akan disalurkan kepada Bahagian Infrastruktur, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi.

“Sebarang permohonan perlu dirujuk kepada pihak pengurusan rancangan supaya dapat diproses dengan kadar segera,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zin yang bersidang masuk hari ketiga.

Persidangan DUN mesyuarat pertama penggal keempatmembahaskan usul bermula 23 Ogos sehingga 26 Ogos ini dihadiri oleh 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.