Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Pahang merekodkan nilai dagangan utama sebanyak RM42.4 bilion pada tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, nilai eksport di Pahang berjumlah RM28.8 bilion tahun 2020 meningkat sebanyak 13.5 peratus berbanding RM25.5 bilion pada tahun sebelumnya.

Nilai import pula bertambah 0.7 peratus kepada RM13.7 bilion berbanding RM13.6 bilion pada tahun 2019.

Antara eksport barangan utama Pahang ialah berasaskan besi dan keluli bernilai RM10.5 bilion dengan pertumbuhan positif kepada RM10.492 bilion pada 2020, di mana peningkatan sebanyak 166.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Produk elektrik dan elektronik (RM863 juta) meningkat kepada 12.7 peratus dan keluaran petroleum bertapis juga meningkatkan kepada 16.4 peratus serta oleokimia berasaskan kelapa sawit menurun 21.8 peratus manakala minyak kelapa sawit berlaku penurunan 23 peratus atau RM1.978 bilion,” katanya.

Sementara itu, nilai import pula meningkat sebanyak 0.7 peratus, mencatatkan RM13.6 billion pada 2019 berbanding kepada RM13.7 bilion pada 2020.

Import barangan utama di Pahang bagi keluaran petroleum bertapis meningkat sebanyak 35.6 peratus pada tahun lepas berbanding pada 2019 sebanyak RM1.338 bilion.

Seterusnya, peningkatan saluran, paip, dan pemasangan besi atau keluli sebanyak 26.6 peratus serta barangan elektrik dan elektronik 30.4 peratus.

Wan Rosdy berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kawasan Cheka, Lee Ah Wong pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama ke-14 Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang yang memasuki hari ketiga.

Menurut beliau, import barangan keluaran besi gelek rata atau keluli juga meningkat 56.6 peratus dan motorbas serta lori yang belum dipasang bertapis pula menurun sebanyak 34.7 peratus,” katanya. –  MalaysiaGazette