Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Polis sedang menunggu kelulusan Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menghantar soalan-soalan kepada Caprice dan Mohamad Nadir bagi membantu siasatan polis berhubung laporan polis yang dibuat oleh Ebit Lew.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supeerintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya baru sahaja selesai menyusun soalan-soalan itu dan telah merujuk kepada D5 JSJ Bukit Aman.

“Semua soalan sudah dirujuk kepada D5 Bukit Aman. Jika tiada halangan, ia akan diemel segera kepada Caprice dan Nadir (untuk dijawab),” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi tadi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Ebit Lew: Polis akan e-mel soalan kepada Nadir 

Polis tunggu kelulusan Interpol rakam percakapan Caprice, Nadir 

Interpol bantu hubungi Caprice, rakam keterangan dalam masa terdekat – Polis 

Pada Sabtu lalu, Ashari  berkata, polis sudah berjaya menghubungi Caprice dan Nadir untuk membantu siasatan kes fitnah yang dilaporkan oleh pendakwah terkenal di Ibu Pejabat Polis daerah Dang Wangi 19 Julai lalu.

Polis terpaksa berhubung dengan kedua-dua individu itu dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) disebabkan mereka kini berada di luar negara iaitu Gaza, Palestin. -MalaysiaGazette