Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk memulakan proses merakam keterangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, permohonan untuk merakam percakapan kedua-dua individu itu telah dihantar menerusi e-mel.

“Kita masih belum merakam percakapan daripada mereka yang kini berada di luar negara.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew maafkan dan mohon maaf, niatnya hanya mahu beri penjelasan 

Ustaz Ebit Lew Selesai Buat Laporan Polis di IPD Dang Wangi 

Sangkal segala dakwaan, Ebit Lew buat penjelasan esok 

Tiada laporan polis diterima kontroversi Caprice dan Ebit Lew 

Kalau sebut nama saya lagi, tunggu surat saman – Ebit Lew  

 Ebit Lew terluka dengan pelbagai cacian yang dilemparkan 

“Permohonan sudah pun dikemukakan kepada Interpol menerusi satu surat rasmi PDRM bertarikh 16 Ogos 2021 dalam e-mel,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Siasatan ke atas kedua-dua individu itu dibuka selepas pendakwah, Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 21 Julai lalu ke atas individu berkenaan yang didakwa melemparkan fitnah terhadap beliau yang membabitkan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Tambah Ashari, pihaknya yakin Interpol tidak akan melengahkan dalam memberi kelulusan dan proses rakaman keterangan akan dilakukan menerusi panggilan telefon atau secara dalam talian. – MalaysiaGazette