KUALA LUMPUR – Kes harian jangkitan Covid-19 terus naik dengan merekodkan 24,599 setakat pukul 12 tengah hari tadi, tertinggi sejak pandemik itu menular pada Mac tahun lalu.
Angka terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 1,640,843 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran Facebook miliknya hari ini.
Menurut beliau, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 6,936 kes diikuti Sabah sebanyak 3,487 dan Johor sebanyak 2,785 kes.
“Ia diikuti Pulau Pinang sebanyak 2,068 kes, Sarawak (2,024), Kedah (1,538) dan Kelantan sebanyak 1,312 kes.
“Selain itu, Perak pula mencatat 1,170 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur (881), Pahang (690) dan Terengganu adalah (567).
“Disusuli, Negeri Sembilan sebanyak 526 kes, Melaka (515), Perlis (67), WP Putrajaya (20) dan WP Labuan sebanyak tiga kes,” katanya hari ini.
Semalam, kes jangkitan Covid-19 harian di negara ini merekodkan sebanyak 22,642 dengan Selangor masih tertinggi dengan 6,325 kes.
Jumlah kes harian itu meningkat 1,805 berbanding 20,837 kes kelmarin.
Kes harian jangkitan Covid-19 yang merekodkan angka tertinggi sebelum ini adalah 23,564 kes yang dicatatkan pada 20 Ogos lalu. – MalaysiaGazette