Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pihak menjadikan sekumpulan anggota Unit Amal Pas solat di atas batu jeram sebagai bahan gurauan atau troll politik dianggap biadab.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Islam menganjurkan umatnya bersolat tanpa sebarang situasi, sama ada di lautan, hutan dan udara.

Bahkan, kata beliau, di angkasa lepas pun umat Islam boleh mendirikan solat.

“Sangat biadablah pihak-pihak tertentu menjadikan ibadah solat sebagai bahan gurauan atau troll politik mereka.

“Padahal, rukun Islam kedua itu perlu didirikan tanpa mengira sebarang situasi, sama ada di lautan, hutan, udara bahkan di angkasa lepas sekali pun.

“Solat didirikan setelah memenuhi syarat dan rukun walaupun ketika di lautan, di hutan, di udara hatta di angkasa lepas. Paling penting adalah menjaga solat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau mengulas gambar sekumpulan ahli Unit Amal Pas yang solat berjemaah di atas hamparan batu jeram di Yan, Kedah, ketika berehat dari kerja kebajikan membantu mangsa banjir.

Gambar itu tular dan mendapat pelbagai reaksi pro dan kontra dari netizen berhubung tindakan kumpulan itu.

Netizen membuat teguran kepada tindakan ahli Unit Amal itu kerana solat di atas hamparan batu yang air mengalir, menyebabkan mereka basah dan kemungkinan tidak khusyuk.

Tuan Ibrahim turut memetik potongan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad”, riwayat at-Tirmizi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. mereka yang mengecam hanya hidup bertahtakan gajet/iphone dibawah bumbung dan dinding bangalow….belum atau tidak mungkin utk bersama sebagai sukarelawan2 bencana banjir tanah runtuh dsbgainya…..SOLAT TIANG AGAMA bebas dilakukan dimana2 tempat suci dan dalam keadaan berdiri duduk baring isyarat mata dan hati

    jika tidak suka kepada parti Pas, itu hak masing-masing, tetapi dalam hal kebajikan, elemen politik perlu ditolak ketepi, sebaliknya memberi sokongan kepada elemen dakwah, pembangunan insan dan tarbiyah.
    “Ucaplah Alhamdulillah, di dunia yang penuh merosakkan ini, di zaman yang semakin mencabar ini, ada juga ruang untuk anak kita berdakwah dan ditarbiyah.

    “Yang banyak sangat komplen ni seru suruh berlatih dengan Qass*m je (Qassam), nak tengok berapa minit bertahan,

  2. mengapa tiada yang komen viral….Meraung menangis dah lama tidak minum kedai MAMAK
    bagusnya pemuda berkenaan serta yang lain MENANGIS kerana tidak dapat SOLAT JEMAAH di MASJID DAN SURAU

Comments are closed.