Ronaldo. Foto TEAMtalk.com.

LONDON – Manchester City dilaporkan tidak berminat dengan tawaran Juventus untuk menjual Cristiano Ronaldo kepada penyandang Liga Perdana Inggeris itu walaupun de­ngan yuran perpindahan se­rendah £21 juta (RM121.40 juta).

Sky Sports melaporkan, City dikatakan menolak hasrat ejen Ronaldo iaitu, Jorge Mendes yang juga mahu menjadikan Bernardo Silva sebagai pertukaran pemain dalam urusan perjanjian tersebut.

Pada masa sama, The Citizens juga tidak mampu untuk membayar gaji tinggi seperti dite­rima Ronaldo di Juventus yang dianggarkan berjumlah £510,000 (RM2.94 juta) seminggu ketika ini.

Bagaimanapun, bekas Pre­siden Juventus, Giovanni Cobolli Gigli mendesak jaguh Serie A itu agar mencari jalan menjual pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu sebelum jendela perpindahan ditutup pada 31 Ogos ini.

Sebagai rekod, The Old Lady menandatangani Ronaldo daripada Real Madrid menerusi yuran perpindahan tinggi bernilai £100 juta (RM578.09 juta) dengan tambahan £12 juta (RM69.37 juta) untuk terma-terma lain pada 2018. – MalaysiaGazette