Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah memberi maklum balas berhubung pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, jika ditanya, sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan Kabinet terbaru itu.

“Ramai orang bertanya apakah reaksi saya kepada Kabinet yang baru diumumkan. Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga, selain daripada mereka yang dipilih kerana inilah sahaja pilihan yang ada,” katanya sebagaimana dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan petang ini.

Pagi tadi, Ismail Sabri telah mengumumkan barisan Kabinet baharunya setelah enam hari dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Namun, tiada lantikan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet baharu itu, tetapi beberapa portfolio utama menjadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sepenuhnya seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan.

Tengku Razaleigh atau Ku Li bagaimanapun berdoa semoga gaji jemaah Menteri dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar semasa di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Pada Mac lalu, Muhyiddin memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong dan disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tengku Razaleigh Hamzah memberi maklum balas berhubung pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari in.
    Ini bermakna Ku Li tidak bersetuju dengan perkenan Tuanku YDPA..Sebagai seorang berketurunan Raja sepatutnya apabila Sultan sudah perkenan beliau tidak boleh ingkar.
    Dalam keadaan pandemik masih nak bersandiwara ataupun kecewa kerana tidak dipilih oleh ahli2 parlimen serta Umno sebagai calon Perdana Menteri.

Comments are closed.