Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri (kanan) pada sidang media selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11 Covid-19, Putrajaya, Selangor. Foto HAFIZ SOHAIMI, 26 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Dua bekas menteri iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof  tidak dilantik dalam barisan Kabinet di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Zulkifli sebelum ini sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digantikan oleh Senator Idris Ahmad manakala Mohd. Khairuddin sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi digantikan Datuk  Zuraida Kamaruddin.

Mohd. Redzuan pula sebelum ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan diganti oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Sementara itu, Zulkifli dalam reaksi di hantaran Facebook miliknya melahirkan kesyukuran kerana barisan Kabinet baharu telah diumumkan oleh perdana menteri.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Barisan Kabinet baru telah pun diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan Kabinet, khususnya kepada YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tak dilupakan, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary selaku Timbalan Menteri.
“Mohon maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat Persekutuan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama berkerja.
“Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast