Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sejumlah 22,597 kes Covid-19 harian setakat jam 12 tengah hari tadi.

Angka itu menambah kes Covid-19 di negara ini kepada 1,685,510.

Selangor masih Selangor kekal penyumbang kes harian tertinggi dengan 5,814 kes baharu, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Manakala Sabah, Sarawak dan Kedah pula merekodkan lebih 2,000 kes baharu masing-masing sebanak 2,834, 2,427 dan 2,162.

Pulau Pinang dan Johor juga hampir mencecah 2,000 kes, masing-masing 1,920 dan 1,896.

Perlis yang merupakan negeri terkecil mempunyai rekod baru sebanyak 98 kes.

Negeri-negeri yang merekodkan 1,000 kes ialah Kuala Lumpur (1,111) dan Kelantan (1,289) serta Perak (1,061).

Lain-lain negeri adalah seperti di bawah:

Negeri Sembilan – 345 (90,663)
Kelantan – 1,289 (73,423)
Melaka – 269 (47,110)
Pahang – 579 (41,708)
Terengganu – 739 (31,551)
Labuan – 5 (9,804)
Putrajaya – 48 (5,284)
Perlis – 98 (1,763)

– MalaysiaGazette