Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Belum terlambat bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertimbangkan memberi jawatan sekurang-kurangnya Speaker Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pandangan itu dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyifatkan Azalina seorang pemimpin berjiwa besar dan perlu diberi peranan bertaraf menteri.

“Azalina sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat, maka wajar dia diangkat ke jawatan speaker dan mesti dimulakan untuk sesi September ini.

“Reformasi sistem demokrasi kita mesti bermula dari Parlimen kita sendiri. Parlimen yang kita lihat sekarang perlukan banyak pembaharuan untuk menuju satu tahap baru bagi meletakkan Parlimen kita ke kelas dunia,” katanya dalam hantaran Facebooknya.

Kata Ahmad Shabery, apa yang dilihat kini hanyalah perbahasan di dewan utama walhal bagi pembuat undang-undang sepatutnya lebih banyak kerja di peringkat lebih kecil tetapi lebih mendalam.

Misalnya jelas beliau, kerja peringkat pelbagai Jawatankuasa Parlimen atas sesuatu hal perlunya ada pendengaran awam terhadap sesuatu dasar yang memerlukan pemurnian yang lebih halus.

“Semuanya ini memerlukan seorang ketua Parlimen yang dinamik, seorang demokrat dan tidak mudah tunduk kepada tekanan politik mana-mana pihak.

“Demokrasi perlukan pendidikan yang menyeluruh, juga perlu lahirkan lebih ramai demokrat. Mesti membudaya dalam semua segi. Bukan soal menang kalah pilihan raya semata-mata.

“Parlimen bukan hanya punca kuasa untuk terus mencari kuasa. Ia adalah sekolah untuk mengajar erti kebertanggungajawaban di atas amanah yang diterima,” katanya.

Begitu juga katanya, Speaker Dewan Rakyat bukan hanya pekerjaan kerana duduk di kerusi sahaja malah ia adalah tanggungjawab untuk membawa perubahan kepada Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. lantik asraf wajadi KP umno atau komentar hebat a kadir jasin dan fuad jakarshi DRP azalina….test KEHEBATAN mereka dalam dewan pula

  2. Sepatutnya mana YB-YB yang letak jawatan tidak perlu dilantik semula, sebab dia orang ini bukan berminat untuk berkhidmat pada rakyat tetapi hanya kejar jawatan dan glamor aje..contoh YB tiktok lah.

Comments are closed.