TAWAU – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Lajim Ukin meninggal dunia kira-kira  6.23 pagi tadi selepas ‘ditidurkan’ sejak 24 Ogos yang lalu.

Berita tersebut dikongsikan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah Samin Ongki menerusi Facebooknya hari ini.

Menurutnya, Lajim yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) meninggal di Hospital Pakar KPJ Sabah selepas dijangkiti Covid-19 pada 12 Ogos yang lalu.

Kata Samin, jenazahnya akan dibawa balik ke Kampung Kabatu Beaufort untuk  pengebumian yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk rekod, Lajim, 66 menghidap penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan buah pinggang.

Beliau mula ‘ditidurkan’ apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.-MalaysiaGazette