Peluang mendapatkan kembali pekerjaan kepada pencarum PERKESO.

KUALA LUMPUR – Pastinya antara cabaran yang sedang dihadapi sebilangan rakyat di negara sejurus selepas pandemik Covid-19 ialah kehilangan kerja atas pelbagai sebab.

Bagaimanapun Pertubuhan Keselamatan Sosial  (PERKESO) ada  berita baik melalui inisiatif Programme Rerurn To Work atau Program Penempatan Pekerjaan Semula yang dilaksanakan di bawah Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, PERKESO berkata, pihaknya kini aktif membantu pencarum yang kehilangan pekerjaan dan mereka berpeluang mendapat penyelesaian bagi mendepani masalah kekangan kewangan pada masa ini.

“Usaha murni ini telah dilaksanakan sejak tahun 2007 lagi dengan PERKESO membantu pencarum yang mengalami hilang upaya disebabkan oleh bencana pekerjaan ataupun keilatan untuk kembali bekerja melalui Program Return to Work.  

“Sungguh pun dunia sedang mendepani cabaran fenomena pandemik Covid-19 sejak tahun 2020 namun usaha murni ini masih tetap diteruskan lagi oleh PERKESO melalui pelbagai aktiviti yang akan dan telah dijalankan secara fizikal mahu pun secara dalam talian.

“Usaha ini masih diteruskan berikutan terdapat sejumlah besar rakyat Malaysia terkesan dengan situasi Covid-19 ini memberi impak tinggi kepada golongan mudah terjejas. 

“Kali ini PERKESO dengan hormatnya ingin membawakan Program International Public Employment Forum 2021bertemakan Reviving, Realigning and Rebuilding the Labour Market secara dalam talian melalui medium Cisco Webex,” kata kenyataan yang sama.

Forum itu akan membawa tiga program utama termasuklah Return to Work Digimos Symposium yang akan diadakan antara 6 dan 7 September ini khusus untuk pengamal pengurusan hilang upaya di seluruh rantau Asia Tenggara.

“Program penting ini akan membincangkan rencana hala tuju pengurusan hilang upaya dari pelbagai dimensi. Menariknya forum juga akan membariskan International Public Employment Services Symposium yang akan disertai jemputan penceramah antarabangsa dari International Social Security Association (ISSA).

“Selain itu, pelbagai institusi dalam pasaran buruh bagi membincangkan polisi serta keadaan semasa dalam dunia pekerjaan. Forum ini akan diakhiri dengan pelaksanaan Career Expo dengan lebih 20,000 peluang pekerjaan tersedia bagi pencari kerja seluruh negara,” ujarnya.

MalaysiaGazette difahamkan antara jemputan utama termasuklah pakar pasaran buruh, pengamal pengurusan hilang upaya, pengurusan tertinggi dalam pelbagai industri juga pakar  kesejahteraan emosi serta lagenda Olimpik Malaysia.

Sesiapa yang berminat untuk mendaftar dan menyertai boleh melakukan sedemikian melalui pautan www.perkeso.gov.my/ipef. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast