Najib Razak

KUALA LUMPUR – Sejumlah besar rakyat, peniaga dan syarikat telah menggunakan simpanan sendiri bagi kelangsungan hidup masing-masing.

Itu realiti yang berlaku akibat sejak penularan Covid-19, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ramai rakyat, syarikat IKS (industri kecil dan sederhana) telah guna simpanan masing-masing sama ada persendirian, KWSP, ASB dan wang tunai syarikat.

“Ada juga dalam kalangan pekerja kurang pendapatan sejak Covid-19 melanda dan sampai sekarang belum dipulihkan,” katanya dalam siarang video langsung di media sosialnya sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini.

Menurut Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, negara kini memerlukan fokus, perancangan rapi dan kepimpinan tepat bagi berhadapan dengan masalah yang sama pada masa mendatang.

Menurutnya, sejumlah besar rakyat guna wang simpanan untuk kelangsungan hidup dan aspek berkenaan perlu diambilkira termasuk ancaman Covid-19 dalam perancangan kerajaan seterusnya.

“Saya bimbang, saya cukup bimbang aspek rakyat dan ekonomi Malaysia yang menghadapi cabaran besar. Semoga fokus, kepimpinan tepat dapat memulihkan Malaysia,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast