KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada tugas yang dilaksanakan oleh barisan Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Pas itu berkata, walaupun Kabinet baharu itu dikatakan sebagai kitar semula, sebenarnya ia adalah laksana mata rantai yang bersambung daripada gabungan parti yang sama.
Kata beliau, gabungan parti yang gagal dipecahkan dengan ketukan dindingnya yang kuat dan gagal dicuri Ahli Parlimennya oleh mereka yang menebuk atap.
“Pertukaran kerajaan PN gagal dijatuhkan melalui cara tebuk atap oleh Pakatan Harapan (PH) dan gerombolannya yang terus-menerus berpolitiking ketika rakyat dalam kecemasan menghadapi Covid-19 dan kesannya terhadap kehidupan mereka.
“Jangan dipedulikan tuduhan yang ditujukan terhadap kerajaan PN, kononnya telah gagal mengatasi wabak dan bencana yang menjadi ketentuan Allah SWT kepada seluruh dunia ini.
“Ini kerana kemampuan kita sekadar berikhtiar untuk mengatasi masalah rakyat yang sudah menunjukkan tanda-tanda positif yang memberangsangkan,” katanya menerusi Minda Presiden hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, apa dilakukan kerajaan PN sama sekali berbeza daripada kerajaan PH yang tidak menunaikan janji, padahal mereka mampu menunaikannya.
Lebih-lebih lagi, kata beliau, PH memerintah ketika belum berlaku penularan pandemik Covid-19.
“Wabak pandemik dihadapi PH ialah wabak politiking berebut jawatan Perdana Menteri sehinggakan jawatan tersebut terpaksa ditinggalkan oleh pemimpinnya, bukan sahaja oleh ahli biasa.
“Di samping itu, kemenangan dicapai PH juga sangat rapuh bersama janji-janji mereka yang tidak boleh ditunaikan.
“Janji bohong bertujuan menggula-gulakan rakyat semata-mata bagi mencapai kemenangan yang mentah sehingga menyesakkan fikiran pendukungnya,” kata beliau.
Abdul Hadi berkata, adapun tuduhan PH bahawa kerajaan PN gagal adalah suatu pembohongan kerana tugas yang dipikul belum lagi selesai dan kerjanya masih dalam perjalanan.
Pertukaran Perdana Menteri boleh berlaku dengan tidak memecahkan kerajaan PN dan ini berbeza dengan PH yang tidak mampu menukar Perdana Menteri, tetapi terus retak lalu berpecah.
Mengenai tawaran kepada pembangkang sebelum ini, Abdul Hadi berkata, awalnya ditolak kerana kerakusan mereka untuk berkuasa semula, tetapi akhirnya menerima walaupun sebahagiannya sudah ditarik.
“Kita mengharapkan tawaran itu dapat memberikan tumpuan kepada aspek untuk menyelesaikan masalah asasi yang terdesak dalam keadaan darurat hari ini.
“Peranan mereka di barisan hadapan juga perlu diberikan perhatian lebih serius dari segi pengorbanan harta dan jiwa raga yang dikorbankan demi menyelamatkan nyawa rakyat dan negara.
“Usaha mencegah penularan wabak pandemik melalui agenda vaksinasi yang disebarkan seluas-luasnya sudah mula menunjukkan tanda awal kejayaan negara kita sehingga ke tahap dunia,” kata beliau.
Ini kata beliau, boleh memberikan suatu nafas yang segar dan memberangsangkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya barisan hadapan yang menghadapi wabak Covid-19 dan mereka yang bertugas untuk menangani kesan pandemik terhadap kehidupan rakyat dan perjalanan ekonomi negara.
Beliau kemudiannya menasihatkan PH agar menjadi pembangkang sebagai pembangkang yang menasihat, bukannya menggugat tanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat dan negara. – MalaysiaGazette
buatlah pendedahan atau komplen besar pada YDPA sembah DERHAKA….KABINET yang diperkenankan ialah kabinet 114/kabinet 69/tayar celup dan kitar semula….Berani KE pembangkang MESTIlah berani jika Ordinan Darurat DICABAR di mahkamah…Belanajwan 2020 hendak ditolak demo HARAM masa covid konon hak mp utk masuk parlimen
calon KITAR SEMULA PM ANWARfik dan sokongan majoriti KITAR noMBOR menyakinkan sila Buat SEMBAH DERHAKA
oops kami P unah H araPAN yang terus Punahhh TIDAK akan mempersulitkan Ismail JAMINAN.
Beza Anwar dengan Ismail Sabri, adalah Ismail Sabri ikut hairaki iaitu dari TPM naik PM, bukan macam Anwar dari 0 terus nak PM. Itulah sebab tak dapat. Orang tua selalu cakap nak wangi kena duduk dengan tokey minyak wangi, macam tu juga lah nak jadi PM kena duduk sebelah PM dulu iaitu TPM. Bukan macam Anwar duduk celah ketiak TPM. Yang sepatutnya jadi PM PH adalah Kak Wan sebab dia TPM barulah ikut hairaki.