PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang warga emas yang baru selesai menjalani kuarantin COVID-19 maut selepas ambulans dinaikinya hilang kawalan dan terbabas ke longkang di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa, lelaki warga tempatan berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan pada 10.20 malam tadi.

“Kemalangan dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa ambulans yang dalam perjalanan menghantar mangsa yang tamat tempoh kuarantin di Hospital Pekan pulang ke rumahnya di Felda Chini, terbabas semasa melalui jalan yang sedang dinaik taraf.

“Kemalangan juga menyebabkan pemandu ambulans dan jururawat yang berada dalam kenderaan itu cedera ringan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, mangsa yang merupakan pesakit lelah kronik menjalani kuarantin di Hospital Pekan setelah disahkan sebagai kontak rapat pesakit COVID-19. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast