Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Negara merekodkan 18,762 kes jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes bertambah kepada 1,765,016 kes.

Meskipun Selangor kekal dengan kes tertinggi namun jumlahnya menurun kepada 3, 711 kes berbanding 4,371 semalam.

Begitu juga dengan Kuala Lumpur yang menunjukkan trend menurun kepada 573 kes berbanding 1,003 semalam.

Bagaimanapun, Kelantan merekodkan kenaikan kes dua hari berturut-turut kepada 1,504 kes hari ini berbanding 1,479 semalam.

Pecahan kes adalah seperti berikut:

Selangor – 3,711 (607,706)
KL – 573 (173,812)
Sabah – 2,430 (150,273)
Johor – 1,993 (140,640)
Sarawak – 2,414 (118,972)
Kedah – 1,585 (100,627)
Negeri Sembilan – 291 (91,767)
Pulau Pinang – 1,762 (88,253)
Kelantan – 1,504 (79,030)
Perak – 899 (68,992)
Melaka – 309 (48,867)
Pahang – 715 (44,848)
Terengganu – 506 (33,998)
Labuan – 3 (9,812)
Putrajaya – 34 (5,432)
Perlis – 33 (1,987) – MalaysiaGazette