Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 16 September depan.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, empat lokaliti itu termasuk Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2, Telupid Sabah, Kampung Tagaroh, Kota Marudu.

Turut dikenakan PKPD ialah kilang dan kuarters kilang papan Cargo Timber, Kampung Biah, Keninangau Sabah serta Kampung Dumpiring Bawah, Ranau.

“SOP dan garis panduan kesemua PKPD adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rodzi juga memaklumkan, penamatan PKPD di dua negeri iaitu Johor dan Sabah.

“Di Johor, lokaliti terlibat Ladang Sungai Kahang, Kluang Johor yang bermula pada 20 Ogos lepas dan tamat semalam seperti yang dijadualkan.

“Manakala di Sabah, di empat lokaliti. Itu termasuk Kampung Tanjong Pagar, Sipitang, Kampung Padang Tembak, Keningau, Kampung Jawa, Tawau dan Setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang yang juga bermula pada 20 Ogos dan tamat semalam 2 September,” ujarnya. – MalaysiaGazette