Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai mengambil keterangan penyanyi rap, Caprice dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Keterangan itu bagi membantu siasatan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah Ebit Lew pada 19 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi dalam talian iaitu menerusi e-mel.

“Kita telah menghantar soalan-soalan yang perlu dijawab kepada mereka akhir Ogos lalu Ogos lalu dan mereka selesai menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh pegawai penyiasat yang mengendalikan siasatan kes ini.

“Kita kemudian sudah selesai menerima e-mel balasan bersama jawapan-jawapannya dari kedua-dua individu berkenaan baru-baru ini,’ katanya ketika dihubungi tengahari tadi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Soalan untuk Caprice, Nadir dirujuk kepada Bukit Aman 

Saya sudah berhubung dengan polis – Caprice 

Interpol bantu hubungi Caprice, rakam keterangan dalam masa terdekat – Polis 

Polis tunggu kelulusan Interpol rakam percakapan Caprice, Nadir

Menurut Ashari, polis sdalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.

“Proses rakam keterangan sudah selesai ke atas Caprice dan Nadir. Kini kita sedang mengemaskini kertas siasatan.

“Kertas siasatan yang dilengkapkan kelak akan diangkat kepada Timbalan Pendakwaraya untuk arahan tindakan lanjut dalam kes ini,” tegasnya.

Pada 25 Ogos lalu, Ashari mengesahkan soalan-soalan yang perlu dijawab Caprice dan Nadir telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk kelulusan sebelum dihantar kepada mereka.’

Sebelum ini beliau juga mengesahkan bahawa kedua-dua individu itu akan dirakam keterangan secara online menerusi emel memandangkan berada di Gaza, Palestin.-MalaysiaGazette