Jangkitan baharu Covid-19 bertambah lagi  hari ini dengan 26,534 kes dilaporkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 bertambah lagi  hari ini dengan 20,988 kes dilaporkan.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu daripada wabak tersebut kini 1,786,004 kes.

Data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menunjukkan, Selangor masih kekal dengan bilangan tertinggi iaitu 4,073 kes.

Ia diikuti Sarawak (2,992), Sabah (2,329), Kedah (2,455), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600) dan Kelantan (1,247).

Manakala lapan lagi negeri mencatatkan jumlah kes dibawah seribu iaitu Perak (990), Terengganu (987), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (5). – MalaysiaGazette