Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan dalam sekatan jalan raya menghala ke Shah Alam di Lebuhraya Persekutuan awal pagi tadi dan menemui dadah disyaki syabu seberat 12.80 gram di tempat duduk hadapan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dadah itu diletakkan di dalam bungkusan plastik warna kelabu.

Menurutnya, suspek, 39 tahun, telah ditahan selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebaran tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan.

Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Namun ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah. – MalaysiaGazette