Foto Facebook Perak FC.

KUALA LUMPUR – Pasukan Perak FC sah tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan selepas tewas pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United semalam.

Penyingkiran itu cukup menyedihkan kerana pasukan itu sedang meraikan 100 tahun penubuhannya.

Pada perlawanan itu, jaringan Sony Norde pada minit ke-79 nyata mematahkan hati penyokong Perak dimana Melaka berjaya meraih tiga mata sekaligus memastikan kedudukan mereka dalam saingan Liga Super musim hadapan dan menghumban Perak ke Liga Premier musim hadapan.

Pada masa sama,  peminat dan juga bekas pemain pasukan itu dimana dua pemain iaitu Ahmad Khairil Anuar dan Azmeer Yusof yang pernah menabur bakti bersama Perak meluahkan rasa sedih mereka di laman media sosial.
Khairil Anuar atau Beto yang kini beraksi bersama Petaling Jaya City FC menganggap semalam merupakan hariu paling sedih memandangkan kelab yang membesarkan namanya harus menerima hakikat pahit dengan tersingkir dari liga utama.

Seorang lagi pemai iaitu Azmeer Yusof yang pernah beraksi pada musim 2010-2011 dan 2014-2015 turut meluahkan kesedihan beliau sambil menegaskan semua pihak perlu melupakan apa yang telah terjadi dan memberikan sepenuh fokus bagi saingan musim 2022.

Selain Perak, satu lagi pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Premier musim hadapan ialah UiTM FC yang ketika ini menduduki tangga tercorot dengan kutipan sembilan mata.

UiTM masih berpeluang untuk memintas Perak kerana mereka masih lagi mempunyai baki dua perlawanan iaitu menentang Kedah dan Sri Pahang manakala Perak bakal berdepan Sabah pada perlawanan terakhir liga. – MalaysiaGazette