Foto Facebook Idris Ahmad.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai seminggu bergelar menteri, Senator Idris Ahmad telah diserang dengan tohmahan.

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu terpaksa menjawab dakwaan Siti Kasim mengenai jam tangan yang dipakainya adalah jenama mewah Rolex.

Naib Presiden Pas itu berkata, beliau sudah lama memakai jam tangan Buruj yang mempunyai kelebihan waktu solat dan arah kiblat.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat. Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” tulisnya di Facebook miliknya.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang turut memuat naik tohmahan yang dibuat Siti itu di laman sosial miliknya.

Siti yang juga seorang peguam sebelum ini membuat hantaran di Twitter yang mendakwa Idris memakai jam tangan emas Rolex.

“Dengar dia adalah Menteri Agama yang baru sekarang. Merata berdoa di lantai pejabat ke mana sahaja dia pergi. Juga memakai tanda nama Jawi sahaja. Tiada BM (Bahasa Malaysia). Tetapi tengok jam tangan emas Rolex miliknya,” tulisnya.

Sebelum ini, kredibiliti Idris sebagai menteri agama turut dipertikaikan selepas beliau meminta isu tular berhubung tindakan suami menjatuhkan talak kepada isteri kerana mengambil vaksin Covid-19 dirujuk kepada mufti. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Dah lama dia menjadi alat untuk serang agama islam…mana pernah sekali pun dia kondem puak2 belah sana

  2. bila FITNAH menjadi makanan LAZAT kehidupan seharian akhirnya jadi MUNAFIKUN.

    berhubung tindakan suami menjatuhkan talak kepada isteri kerana mengambil vaksin Covid-19 dirujuk kepada mufti…..apa masalah dn isunya….kita tidak perlu mendabik dada akan ilmu yang ada.
    inilah kaedah ilmuam merujuk pada mereka yang lebih berwibawa
    CONTOH lain 4 imam besar HANAFI /HAMBALI/MALIKI/SYAFIE yang tinggi ILMU masih tetap merujuk pada yang lebih pakar ilmunya,
    siti kasim hanya rujuk pada FITNAH saja

Comments are closed.