Anwar Ibrahim (empat kiri) bersama Mohamad Sabu (empat kanan) dan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng (tiga kanan).

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) amat terkejut dengan kenyataan Peguam Negara semalam yang memberitahu undi percaya tidak perlu dilakukan di Parlimen apabila Dewan Rakyat mula bersidang pada 13 September ini.

Kenyataan Peguam Negara ini didakwa bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong kepada semua ketua parti sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos yang lalu.

“Seperti yang terakam di dalam kenyataan media Istana Negara bertarikh 18 Ogos 2021, Seri Paduka Baginda telah bertitah bahawa: ‘Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat’.

“Titah Seri Paduka Baginda ini turut ditekankan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan keperluan undi percaya ini telah dipersetujui semua ketua parti,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tegas mereka, Peguam Negara telah hadir, menjadi saksi malah telah mendengar sendiri Yang di-Pertuan Agong sewaktu sesi menghadap ini.

“Di manakah logik dan kewarasan Peguam Negara apabila berkata kuasa Seri Paduka Baginda melantik Perdana Menteri boleh ditidakkan dengan satu usul undi percaya di Parlimen apabila pembentangan usul undi percaya itu dititah sendiri oleh Seri Paduka Baginda?

”Tindakan seseorang Perdana Menteri yang dilantik Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Perdana Menteri terdahulu seterusnya mengemukakan usul undi percaya di Parlimen bagi mengabsahkan sokongan majoriti adalah tindakan yang punyai duluan (precedent) di Parlimen Malaysia. Undi percaya pernah berlaku pada 27 Januari 1976, 12 hari selepas Dato’ Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, dan 3 November 2003, 3 hari selepas Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad,” ujar mereka lagi.

Lantaran itu, Majlis Presiden beranggapan kenyataan Peguam Negara bagi pihak kerajaan ini adalah amat biadab, melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan, malah melanggar titah dan juga derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Malah, dakwa mereka, ini juga merupakan kali kedua Peguam Negara telah derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong yang sesungguhnya amat mengecewakan dan beliau tidak layak memegang jawatan Peguam Negara.

Jsuteru,Pakatan Harapan mendesak Peguam Negara meletak jawatan kerana beliau bukan sahaja telah derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong tetapi beliau juga telah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.

”Pakatan Harapan menjunjung titah Seri Paduka Baginda bahawasanya undi percaya perlu dikemuka dan diluluskan untuk mengabsahkan Perdana Menteri ke-9 punyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang bermula 13 September ini.

”Perdana Menteri tidak harus mengguna pakai nasihat Peguam Negara yang salah ini sekiranya Perdana Menteri tidak mahu mengikuti jejak langkah mantan Perdana Menteri ke-8 yang mengakibatkan ketidakstabilan politik apabila keabsahan beliau senantiasa diragui dan dipertikai,” ujar mereka. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. pembangkang kekal dengan SOLUSI menyalak …..GAGAL dan LETAK JAWATAN

    tapi jika terkena HIDUNG sendiri GAGAL LUNAS MANDAT dan MANIFESTO RAKYAT selama 100 HARI 22 BULAN.., minta tambah 6 BULAN….tidak mahu letak jawatan
    terbaru calon PM kitar semula gagal tanpa keMaluan utk LETAK JAWATAN Ketua Pembangkang/ presiden dan MP Port Dickson

  2. PEGUAM NEGARA PDRM SPRM siasat RM 30 JUTA Yg di dakwa PANkhianat BAHAWA Muhyidin TELAH beli MP2 mereka tempohari…sandiwara lama mereka menjijikan dn menghina YDPA
    masih ada penyokong2 TEGAR mengikuti punggung mereka.

  3. Bincangkan dulu isu jangkitan pandemic meningkat disebabkan kes ingkar SOP membiakkan jangkitan pandemic banyak terlepas susulan kurangnya kakitangan penguat kuasa cekup lebih ramai lagi ingkar SOP.

Comments are closed.