Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Taman Rimba Mentakab, Pahang sejak 7 Februari lalu akan ditamatkan esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hanya empat lokaliti disenaraikan kawasan yang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 7 hingga 20 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, semua lokaliti itu melibatkan empat daerah di Sabah.

Menurutnya, ia adalah Kampung Tetabuan di Beluran, Kampung Matagang di Keningau, Taman Pantai Lok Kawi di Papar dan Kampung Kilanas di Ranau.

“Keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta dan jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook di sini hari ini.
Sementara itu, Rodzi berkata, PKPD di Kampung Buanog Matunggong, Kudat, Sabah yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan 14 hari lagi hingga 20 September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast