Mohamed Salah. Foto : www.express.co.uk

LONDON – Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan telah menuntut £500,000 (RM2.87 juta) seminggu sebagai balasan komitmennya dalam jangka  panjang bersama kelab tersebut.

Daily Mail melaporkan permintaan itu dibuat selepas pengurus kelab Reds, Jurgen Klopp, mengesahkan bahawa kelab itu sedang dalam perbincangan untuk melanjutkan kontraknya.

Salah, 29, masih mempunyai baki kontrak kurang dari dua tahun.

Pemain antarabangsa Mesir itu sebelum ini menjadi salah seorang pemain yang dibayar tinggi di Anfield dan kontrak baharu ini akan mengalahkan nilai bayaran kontrak baharu Vigil Van Dijk iaitu sebanyak £220,000 (RM1.26 juta) seminggu.

Salah bakal mengikuti jejak Van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Jordan Henderson dalam memberikan komitmen mereka kepada kelab Anfield. – Daily Mail