KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, adalah mustahil kepimpinan kerajaan negeri Selangor tidak mengetahui keputusan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana tiada sebarang permohonan maaf dibuat berhubung perkara itu apatah lagi untuk membuat pengakuan terkhilaf.
“Kerajaan PH (Pakatan Harapan) Selangor sendiri yang nyahwarta hutan, semua parti ada wakil dalam Exco kerajaan negeri dan mustahil tak tahu keputusan nyahwarta pada bulan Mei.
“Setelah kecoh, mereka sendiri acah bantah keputusan yang dibuat. Tiada mohon maaf, tiada mengaku terkhilaf,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shahril Sufian turut mengucapkan syabas di atas keprihatinan PH Selangor terutamanya pengerusinya yang telah bermesyuarat bersama rakan komponen lain setelah beberapa hari membisu selepas terbongkar isu berkenaan secara senyap-senyap pada Mei lepas.
Dalam perkembangan lain, Shahril Sufian secara sinis turut menegur kepimpinan Keadilan Negeri Sembilan berikutan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi PKR yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Katanya, antara sebab yang dikemukakan adalah Menteri Besar tidak memainkan peranan dalam usaha memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya yang boleh menyebabkan kekalahan PH di negeri tersebut.
“Parti lain sibuk menyalurkan bantuan, memberi vaksinasi, berusaha untuk membawa Malaysia keluar dari situasi terkini.
“PH bermesyuarat menolak keputusan yang diri sendiri buat, dan bermesyuarat jatuhkan MB dari parti sendiri,” ujarnya. – MalaysiaGazette
patutnya pankhianat DAN P arti K hianat R eformasi fikirkan kegilaan apa yang masih mendewakan calon PM kitar semula ANWAR dgn penipuan NOMBOR2 EKOR kepada YDPA dan rakyat
GAGAL setelah berusaha LEBIH MULIA daripada GAGAL TANPA USAHA IDEA DAN SOLUSI
P unah H araPAN mana mahu mengaku GAGAL atau SALAH…jika kena Batang HIDUNG mereka TETAPI hanya menyalahkan pihak lain wlpun bawa kebaikan….
jadi JUARA COVID 19 SEHINGGA KINI….tapi menyalahkan VAKSIN lambat tiba….